Our Camp & Futsal
Home

Our Camp & Futsal

Pada 31 Julai 2015 Bantuan Bencana NGO Malaysia (BBNGO) telah mengambil inisiatif membina beberapa buah gazebo dan dewan futsal untuk kegunaan penduduk kampung sekiranya berlaku sekali lagi banjir di kawasan tersebut dan kawasan ini juga di jadikan sebuah kawasan eko-pelancongan untuk pelbagai aktiviti antaranya seperti hari kerluarga, kem motivasi,perkhemahan dan pelbagai aktiviti lagi boleh di jalankan di sini dengan pelbagai kemudahan yang di sediakan oleh BBNGO. Jarak kawasan ini dengan Bandar Gua Musang lebih kurang 40minit perjalan dengan jalan yang bertar dan lantai.

Pemilihan kawasan yang sesuai untuk pembinaan bangunan telah dikenalpasti dimana berada 100m dari Kampung Bertam Lama. Ia merupakan kawasan bukit yang mana telah menjadi tempat perpindahan semasa banjir besar yang berlaku pada tahun 2014, jadi kawasan bukit ini dipilih untuk membina gazebo dan dewan futsal bukan sahaja bermatlamatkan eko-pelancongan tetapi sebagai kawasan penempatan sekiranya berlaku banjir pada masa akan datang.

 

Terdapat enam buah Gazebo telah dibina di kawasan ini,yang mana 3 buah dijadikan sebagai tempat penginapan untuk pelanconcong atau mereka yang ingin melakukan aktiviti disini. Dalam sebuah gazebo boleh memuatkan lebih kurang 10 orang untuk satu masa dengan pelbagai kemudahan lain disediakan seperti tilam dan bantal.

 

Selain itu, sebuah gazebo dijadikan sebuah surau untuk kemudahan pengunjung yang datang ke kawasan tersebut untuk menunaikan ibadat,surau ini boleh menempatkan lebih kurang 20 orang Jemaah perempuan dan 20 orang Jemaah lelaki dalam satu masa.

 

Sebuah gazebo lagi dijadikan sebagai dewan seberguna untuk penggunjung mengadakan mesyurat atau berkumpul beramai-ramai. Dewan serbaguna ini boleh memuatkan lebih kurang 30 oarang dalam satu masa.

 

Apa yang menariknya disini ialah terdapat sebuah gazebo yang di bina di atas pokok dan boleh memuatkan lebih kurang 10 orang penghuni dalam satu masa. Dari atas pokok pengunjung boleh melihat keindahan sekitar kawasan tersebut dari kedudukan atas dengan lebih jelas.

 

Semua Gazebo ini di bina daripada buluh yang diambil dari kawasan hutan di sekitar kawasan Bertam Lama, manakal atapnya di buat daripada daun nipah dan sekitar dinding dilitupi dengan daun lalang bagi mencantikkan lagi gazebo. Apabila pengujung berada disini mereka akan merasai suasana kampung dengan udara yang segar dan merasakan diri berada di dalam hutan.

 

Dikawasan ini juga, di bina sebuah sebuah gelanggan dewan futsal berukuran panjang 25-42 m x lebar 15-25 m. Kemudahan ini dibuat untuk golongan muda terutamanya yang berada di kawasan tersebut untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah ini. Selain itu, dewan futsal ini boleh di sewa bukan sahaja untuk pertandingan futsal tetapi juga untuk aktiviti-aktivi lain yang bersesuai. Pelbagai kemudahan disediakan di kawasan dewan futsal ini seperti tandas untuk wanita dan lelak ia juga hanya bersebelahan dengan gazebo. Pembinaan projek yang di buat oleh pihak BBNGO ini dapat menjadikan kawasan Bertam Lama sebagai sebuah eko-pelancongan yang di kenali ramai.